Monday, September 1, 2014

1 PROPAGANDA

Semasa saya dan sahabat -Clarissa , Donna , Damian dan Geraldine- pada masa lalu, kami bersarapan di warung di Rotterdam. Sungguh tenang, nyaman dan mengjengkelkan . Turut bersama kami - menikmati sarapan tengahari - ketika itu adalah diplomat dari Prague yang sedang bercuti di situ. Umurnya lebih kurang kami sahaja . Mereka mahu membuang masa di tempat asing tanpa tujuan sama seperti kami.


Kami berbual-bual dan bertukar cerita bersama mereka sambil ditemani kopi tiada rasa itu. Apa yang menarik perhatian saya mengenai pasangan ini ialah - mereka bersahaja dan sempoi walaupun bergelar diplomat . Mereka merancang untuk mengembara tetapi tidak melihat budaya asing tetapi demi membuang masa . Arus globalisasi tiada unik lagi kerana manusia sekarang tiada jati diri kecuali ada kepentingan peribadi , kata pasangan itu.



Mengembara ialah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenal pasti tujuan hidup. Setiap tempat dan situasi akan memberi peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman yang berbeza. Minat mengembara boleh dipupuk sejak kecil lagi. Tidak juga kata Donna , kerana tiada semua orang perlu tujuan hidup seperti aku . Kadangkala , tidak semua orang perlukan benda yang sama betul ?



Jelik tapi benar. Pendidikan di luar negara lebih luas daripada pendidikan di dalam kelas dan ia boleh didapati melalui pengembaraan. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan serta mencatat dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan dan menangani masalah. Pelajaran utama ialah membuang masa tanpa tujuan betul ?



Kata orang , entah siapa aku lupa , mengembara mewarnakan kehidupan . Cakap tentang pengembaraan kepada kawan-kawan dapat membuka mata mereka tentang anda dan dunia pengembaraan, malah anda mungkin menjadi inspirasi kepada mereka yang baru hendak keluar "melihat" dunia. Tiada zon selesa apabila anda keluar mengembara. Segala-galanya bergantung pada diri anda sendiri dalam mengawal keluar masuk kewangan. Pengembaraan menjadi platform terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan. AMEX bawak tak sayang ?



Tidak semua pendedahan terhadap pelbagai budaya memberi impak baik kepada kehidupan anda. Dengan mempelajari budaya asing, anda dapat melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Seperti manusia, setiap budaya juga berbeza. Pertukaran budaya menjadikan anda lebih peka dengan keadaan sekeliling, minda lebih terbuka, fikiran luas ketika berbicara dan petah mengungkapkan pendapat. Budaya badut blok warna adalah trauma kehidupan aku betul ?



Kita menulis pasal  mengembara, semuanya bergantung kepada kekuatan diri sendiri. Perlu juga diingat,kadar pergantungan anda kepada diri tidak berguna jika tiada usaha . Kesusahan dan kesulitan yang dialami menjadikan perjalanan anda lebih bermakna. Orang kata aku tidak berjuang untuk merdeka dan lupa diri . Mereka lupa bagi orang eropah penjajahan perlu untuk bangsa yang lemah dan tiada jati diri untuk kepentingan mereka . Jika kita tidak berhati-hati kawan atau keluarga akan ambil kesempatan atas kebaikan kita .



Jauh berjalanan, luas pengalaman, kaya pengetahuan. Berusahalan untuk masa hadapan dan beranilah untuk melawan propaganda yang buruk sebagai perjalanan hidup. Tiada pendidikan mampu menghalang cinta yang buta tetapi minda terbuka dan pengalaman orang lain elak ikta buat kesilapan yang sama . Kata Einstein , adalah gila untuk mengharapkan keputusan berbeza tetapi melakukan perkara yang sama lagi dan lagi . Di sini , bermulalah sebuah perjuangan  jati diri di alah baru untuk masa depan lebih baik . Ameen

No comments:

Post a Comment