Tuesday, June 3, 2014

3 HARAPAN

Bahasa ibunda adalah bahasa pertuturan sesuatu bangsa dan diwarisi bergenerasi. Bahasa ibunda mampu mengungkap pemikiran, hati nurani, perasaan mahu pun impian sesuatu bangsa itu. Sebab itulah sering ditegaskan bahawa 'bahasa jiwa bangsa'. Pelik juga kami melihat gelagat di Sydney Melayu cakap orang putih sesama mereka . Jelik atau pelik bangsa perancis bile berjumpa di kuala lumpur , mereka masih berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka iaitu perancis , bukan inggeris atau melayu . Kenapa ini terjadi mungkin ...... mereka berangan bahasa ibunda mereka Inggeris betul ?

Bahasa ibunda menjadikan sesuatu bangsa itu berjati diri dan berbangga dengan susur galur marganya sendiri. Bangsa yang rendah darjat tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan dan hanya berasa bangga dengan apa yang disuap atau dipaksakan ke atas mereka. Biasanya bangsa kecil adalah bangsa yang pernah terjajah. Kami cetek pengalaman atau pengetahuan tetapi graduan sekolah antrabangsa tahu bahawa orang putih tidak cakap Inggeris sahaja , meraka juga cakap german , perancis , sepanyol , portugis dan banyak lagi betul ? Ya ampoon ....

Dalam konteks 1Malaysia bangsa Melayu adalah bangsa yang pernah dijajah, begitu juga keturunan India di benua kecil India. Anak-anak terjajah ini menjadikan bangsa Inggeris sebagai rujukan atau 'bench-making' bagi menentukan tahap pencapaian bangsa mereka. Sebab itulah mereka rasa bangga kerana mampu bercakap bahasa Inggeris. Mereka bercakap bahasa inggeris kalah penduduk asal dengan tonasi , tatabahasa dan juga struktur ayat yang canggih . Tapi apakan daya bahasa ibunda aku bukan Inggeris . 

Bahasa Tamil dijangkakan akan pupus pada masa terdekat di Malaysia tetapi tidak di India. Bahasa Melayu pun begitu juga di mana tanda pertama kepupusan jati diri bahasa Melayu ialah hilangnya tulisan jawi Melayu dalam arus perdana generasi baru kini. Keturunan Cina bagaimana pula?Bangsa Cina biar pun mereka bersifat diaspora namun ketekadan politik mereka amat kuat kerana mereka tidak pernah dijajah bangsa lain selain sesama mereka atau dilanda Jepun yang satu rumpun marganya. Mereka menjaga bahasa sendiri (biar pun wujud beribu dialek) di serata tempat. Aku tidak baca jawi entah kenapa mungkin malas kot ... Habis lah melayu itu ..

Orang Cina yang jumpe  di Sydney tetap boleh berbahasa cina sama seperti di orang Cina di Shanghai , London dan Kepong Baru. Mereka tidak bangga dengan bahasa Inggeris dan tidak jadikannya sebagai sumber rujukan. Itu perbezaan Melayu, Cina dan India khususnya di negara 1Malaysia ini. Melayu di Sydney ini cakap orang putih ( read: English jer melayu tahu orang putih) berterabur tatabahasa tetapi slang pekat kami terkejut kerana apa ? Bukan Inggeris kebangaan melayu , di mana graduan lulusan luar negara yang cakap orang putih itu . Musnah lah harapan melayu menjadi orang putih di Sydney .... aku pun tak faham ape yang aku tulis