Saturday, April 5, 2014

5 ROGOL

Pasti anda biasa mendengar peribahasa Melayu ini. "Harapkan pagar, pagar makan padi", ianya membawa maksud seseorang yang kita percayai tetapi melakukan khianat kepada kita. Ianya amat menarik untuk dikupas kerana menjadi persoalan dan perbahasan sehingga kini berikutan penggunaan perkataan 'pagar' didalam peribahasa ini. Orang-orang dulu tidaklah sebodoh itu untuk melakukan sesuatu yang sengaja untuk memperbodoh dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu yang mana satukah yang betul, 


Saya tertarik mengupas isu ini berikutan pandangan seorang guru yang juga merupakan jiran dirumah saya. Beliau menyatakan, tiada kesilapan sebenarnya dalam peribahasa ini. Bahasa Melayu itu cukup indah, dimana orang-orang dulu sungguh bijak berbahasa dan sentiasa puitis serta berkias dalam berbicara. Maksudnya disini, 'pagar' yang dimaksudkan adalah satu perlambangan tentang seorang penjaga. Ya...itulah matlamat sebuah pagar didirikan, untuk menjadi penghalang dan melindungi.

Oleh itu 'pagar' yakni seorang penjaga kepada tanaman padi yang sepatutnya diamanahkan untuk menjaga padi tetapi melakukan kianat dengan mengambil kesempatan untuk dijadikan makanannya sendiri. Bila di fikirkan semula, ianya adalah paling logik dan paling bertepatan sekali!

No comments:

Post a Comment